Langkau ke kandungan utama

Sayangku Tentera Darat

"Baris,baris sedia!",teriak seorang lelaki setengah abad yang berpakaian lengkap tentera darat.... untuk pengetahuan para pembaca , lelaki itu merupakan salah seorang daripada pihak atasan... "Ok semua, saya ada sedikit taklimat untuk kamu semua . Esok akan hadir beberapa orang pelajar dari Smk Sungai Kawah. Tambahan pula, mereka semua adalah perempuan . Jadi sya mahu kamu semua menjaga tingkah laku masing-masing sepanjang keberadaan mereka di sini. Jaga maruah kamu sebagai anggota tentera. Faham semua?", teriaknya lagi kepada kesemua prebet... "Faham Tuan", balas kesemua prebet dengan serentak....

Setelah tamat taklimat tadi , kesemua prebet dibenarkan pulang ke 'dorm' masing-masing . Mereka diberikan masa mempersiapkan diri untuk menunaikan Solat Maghrib berjemaah di Masjid kem tersebut."Aduh! Awek kot yang nak dating kat kem kita ni", rungut seorang prebet setibanya di katilnya. nama prebet itu Budi . Dia berasal daripada Sabah dan merupakan sahabat kepada Shahrizal . Mereka sudah berkahwan sejak daripada kecil lagi.... "Bukan awek lah , kan budak bawah umur lagi... Tu namanya adik-adik", ujar Shahrizal kepada Budi . Shahrizal ini sangat baik orangnya. Sangat patuh pada arahan yang diarahkan sehingga tidak menyedari bahawa dirinya itu dibuli.... " Kau tak nak ker ambik salah seorang budak-budak tu nanti jadi awek kau Shah??", soal Budi tanpa segan lagikan silu . "Entah lah . kalau boleh aku tak nak awek . Nak terus jadikan isteri", ujar Shahrizal tanpa berselindung meluahkan kata-kata tersirat di hatinya dan ada sedikit berbaur unsur sindiran untuk Budi..

"Aku tau lah aku nakal, tapi senakal-nakal aku pun... Aku tak derlah rosakkan anak dara orang", kata Budi yang tidak sengaja bercakap begitu . Shahrizal terkedu mendengar kata-kata Budi . Tidak semena-menanya teringat akan kisah hitam nya bersama dengan bekas kekasihnya . Dia berasa amat kesal kerana waktu itu dirinya terlampau taksub dengan cinta manusia sampai melupakan cinta ALLAH SWT yang abadi dan lagi mulia cinta terhadap-Nya . Ketika itu , syaitan menguasai dirinya sampai dia terlupa tanggungjawabnya di atas muka bumi ALLAH SWT . Tapi kini dia berasa lebih tenang untuk mencari jalan yang diredhai oleh ILAHI. " Dah lah wei, jom pergi mandi nanti lambat kena turun pulak", ajak Shahrizal kepada Budi. "Turun apa pulak ni Shah?", soal Budi yang sedang mengangkat kening kirinya ke atas . "tekan tubi lah wei, kau ni ingat sikit ALLAH ", ujar Shahrizal yang hanya tersenyum dengan perangai sahabatnya itu...

Ulasan